Thursday, December 26, 2013

I need a vacation!!




Assalammualaikum wbt..

Pagi-pagi ni..
dikala mengantuk..
dikala perut kenyang dah penuh isi..
dah sendat..
aku mula lah resah gelisah..
rasa boring dok kat opis ni..
rasa nak bercuti dan merehatkan otak..
rasa nak sepanjang hari berehat, bercuti dan menenangkan otak..
oh.. alangkah indahnya..
otak pun dah rasa jammed d:)
rasa perlu direhatkan..
rasa stress yang tak hilang lagi..
rasa kepenatan
dan..
segala rasa-rasa yang negatif perlu dibuang jejauh..

memandangkan tahun ni dah lama dah tak merantau jejauh..
lama dah tak berjalan jadi semangat berkobar-kobar..
berkobar2 mencari tempat yang penuh damai..
penuh keselesaan untuk aku khasnya..
alangkah seronoknya..
tapi apakan daya cuti aku dah habissss...
waaaaa d:(
so sadddd...

disaat kepala terasa berat..
jiwa terasa resah gelisah..
terasa sunyi dok di opis..

rasa nak balik je ni..
ok bye!!

** apa ye port destinasi yang patut aku pergi??

Thursday, December 19, 2013

Stress..







Bulan disember 2013..
bulan stress bagi aku..
orang sekeliling membuatkan aku rasa cepat naik marah..
orang sekeliling yang byk mengacau kehidupan dan kebahagian aku..
orang yang datang menghampiri aku..
berpura-pura baik dan di belakang aku mendajalkan aku..
dan ini  membuatkan aku rasa marah..
membuatkan aku stress..
stress..
dan stress..
dan akhirnya meletop..
meletop setelah setiap hari aku meyakinkan diri aku untuk bersabar..
bersabar..
bersabar..
bersabar..
akibat kemarahan yang tidak dapat dibendung lagi akhirnya ia membakar diri aku sendiri..
setelah memaksa diri menyimpan amarah di lubuk hati ini..
dan kesannya...
sangat memberi kesan kedalam diri ni..
sangat memberi kesan kedalam jiwa aku ni..

Jarang sangat aku nak marah..
Jarang sangat aku nak stress..
tapi kerana seorang manusia..
kerana dua orang manusia..
menjadikan aku hilang kesabaran..
hilang kewarasan..
hilang keprofesionalan aku..

Semoga aku lebih berhati-hati dlm kehidupan aku..
tindak tanduk aku..
semoga menjadi iktibar dan aku lebih muhasabah diri aku..
semoga tahun depan hidup ku lebih diwarnai dan diceriakan dengan suasana yang lebih produktif..
semoga aku menjadi insan cemerlang terbilang..
isteri solehah..
ibu yang cemerlang dalam mendidik keluarga mithali..
** boleh jadi azam tahun baru..



Kembali..

Assalammualaikum wbt..
Salam pembuka bicara..

Lamanya aku menyepi di alam maya ni..
ntah kenape hati ni meruntun-runtun nak mencoret bebelan dalam hati aku ni..
nak dicoret-coret kedalam blog yang sudah lama sgt bersawang..


sedihnya membiarkan blog ini bersawang tanpa ada pengisian..
walhal sebelum ni berkobar-kobar nak bercerita..
tapi bila dah taip selalu aku biarkannya..
biar dia berada di awang-awangan..
begitulah setiap hari..
setiap masa..
setiap waktu..
(segan kot nak bercerita alkisah diri yang sangat kerdil dimuka bumi ini.. hehehe)

Apa pun setiap hari aku akan berharap dan terus berharap semoga aku diberi kesempatan, kesenangan, kesabaran untuk melalui kehidupan yang semakin mencabar ini..
amin..
Semoga aku diberi hidayah, jalan yang lurus untuk meneruskan kehidupan..