Thursday, December 6, 2012

Kedekut taik hidung masin




KEDEKUT..

Salah satu sifat manusia yang aku tak gemar ialah, orang yang suka berkira. Apa maksud berkira? Berkira ni maksud dia dalam bahasa inggeris stingy, self centered. Berkira  dari segi duit, masa, tenaga, ... semuanya nak berkira. Semuanya nak kedekut, semuanya nak mengungkit, semuanya dilakukan untuk diri sendiri je...orang lain dia tak fikir.

Kalau bab duit tu...setakat belanja kawan-kawan sekali sekala apa salahnya. Ikhlaskan hati...tau tak kalau kita memberi, Allah janjikan pahala serta rezeki yang lebih besar pada kita. So hari ni kita belanja kengkawan..esok nanti dia belanja kita pulak..tapi janganlah pulak terlampau mengharap orang lain akan balas balik..ikhlaskan hati kita untuk bersedekah.

Kalau bab masa tu...setakat tolong hantar kengkawan pergi hospital ke gi komuter station ke apa salahnya.. kenalah membantu kawan dikala susah.. I'Allah nanti bila kita susah pulak, kawan2 kita ni gak yang akan membantu kita balik..

Kalau bab tenaga tu... tolong buatkan kerja sikit ke, tolong belikan barang ke.. tak luak pun tenaga kita. Kalau kita tak buat baik untuk diri orang lain, masakan orang lain nak buat baik terhadap kita kan ?  

So, sama-samalah kita jadi insan yang pemurah ya (termasuk aku jgk). Pemurah dari segi duit, masa dan tenaga...besar pahala dan ganjaran bagi orang yang pemurah ni tau...kita bagi 1...10 Allah bagi balik pada kita...jadi renung renungkan dan selamat beramal =)

No comments:

Post a Comment