Monday, October 8, 2012

Monday!!

Assalammualaikum wbt..

ALHAMDULILLAH , hari ini dah ari isnin..
minggu kedua bekerja..
Sekejapan je rasanya masa berlalu..

TAPI , dah hampir 2 minggu bekerja ni,
opis terasa boring.. aku pun tak sure kenapa..
tapi hakikatnya hati mulai rasa boring..
perlu ke aku bertukar arah atau bertukar angin??
mencari pengalaman baru.. mencari rezeki di tempat baru..
tapi hakikatnya jiwa & kesetiaan aku masih lagi di sini..

Semakin hari semakin aku merasai kegetiran hidup di bumi ini..
Merasakan susah dan senangnya hidup..
ada kalanya aku terasa sgt gembira, sgt seronok dan melonjak-lonjak kegembiraan..
dan kadang-kadang aku terasa sedih..terasa penat dan letih..
itulah kehidupan yang perlu aku tempuhi..

Sesungguhnya aku merasa bahagia mempunyai keluarga yang sangat memahami..
Suami yang penyayang, anak yang bijak dan sihat..
Aku bersyukur ke hadrat Mu YA ALLAH kerana masih lagi memberi aku peluang utk bernafas..
Sesungguhnya aku harus menghargai masa dan mencari kehidupan aku selama di bumi ini..

Doa ku:

" Wahai Tuhanku,
Ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engakau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk kedalam jiwa zuriat keturunanku.. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk dan patuh kepadamu) ".
- Surah Al-Ahqaaf, ayat 15)

Amin.




No comments:

Post a Comment